Tuesday, May 22, 2012

Memelayukan Bahasa Inggeris


Baru-baru ini, Iman Sofea telah memelayukan Bahasa Inggeris. She spelled 'power' to 'pawa'. At least, dia faham maksud power ialah sesuatu yang mempunyai kuasa.  She did not realize yang ejaan memang salah, at least she tried. Good for her!

IMG00137-20120521-1849.jpg

Saturday, February 4, 2012

Integrated English in Arts

Three years ago, I was being asked to handle indiscipline pupils that came from poor family background. It was difficult but I managed to do it. Yes! I did it. Yesterday, I refreshed my memory on pictures taken  in the computer. These were what I found in one of the folder. The pictures taken was after UPSR exam in 2009. I remember one day I asked them to produce art work based on nursery rhymes. Since I was assigned to become a head panel of Visual Arts and handle the Art room it made me easier to handle them by enhancing motivation them to love arts. In fact I gave them ideas on how they can produce a beneficial product which can help them in improving themselves in English Language. After did some cutting, colouring and pasting, they printed the rhymes on a board and displayed them in the art room.It was amazing feelings for a teacher like me to see the products. Well, there is a sad story behind this. These students are no longer in primary school. In fact, it was their final year in primary school. A year later, the role of a head panel for Visual Arts was be given to my friend.I did not teach arts that year.This year is different. I become a head panel of Visual Arts once again. As I opened the Art room last week, my heart was beating hard. Where are the pupils' masterpiece? I searched everywhere, in a store room, boxes, drawers and yet finally I discovered that all of the products were thrown away. How sad. Just live with me pictures (Lucky I got some!). I want to cry.... well below are the examples of children's work.

Jack and Jill went up the hill to fetch a pail of water
Jack went down and broke his crown
and Jill cam thumbling after



Jack be nimble, 
Jack be quick
Jack jumped right over the candle stick

There is one more 'Humpty Dumpty'. The masterpiece is gone but stay in my heart for a long time...

My Iman Sofea's drawing.


Today I'm going to write in English Language. Iman is my eldest daughter. She will be 6 this coming July 2012. During her early years, I like to ask her more about her drawings and performance at school. This is her latest drawing in kindergarten. She drew a house which she prefers to mention it as our own little house( that's where she live). The truth is our house was painted in yellow which was different from the colour that she chose that was read. Since our house is nearby a street she drew it too but drew it far a bit from the house. The windows and the door were very small. I guess this is due to early stage eye sight. She can't really compare between small and big. Plus she incompletely coloured the roof tiles with few colours. I can see that she knows how to pick basic colour for roof and coloured with few colours to show how her house tiles looked like. She can do well if she can manage he hand and eye sight.By publish her drawings I hope it can help her enhance motivation. I love you baby!

Friday, February 3, 2012

Plural form of Malay Language

There is something unique in determining plural form in using Malay language. For example, 

a book = buku (to show singular noun)
books = buku-buku (to show plural noun)

It goes the same for other objects but it doesn't mean it could be applied to all objects.Exceptions are the barriers in determining correct types of plural nouns in Malay language.  There are many types of plural form or what we call as kata ganda. Another examples are

baju = baju-baju 
pensil = pensil-pensil
kereta= kereta-kereta
majalah = majalah-majalah

( Definition: baju: cloth or attire, pensil : pencil, kereta: car, majalah: magazine). Above are the example of Kata Ganda Penuh.

Now, we take a look at Kata Ganda Berirama. The first followed by second word is rhythmic.  For example :

Gotong- royong (Def: a large amount of people having a cooperative odd job to clean their neighbourhood)
kuih-muih ( Def: many types of traditional cakes)

Last one, we take a look at Kata Ganda Separa. Example of Kata Ganda Separa are like:- 

Tetingkap ( screens)
Tetikus ( computer mouse)
Lelaki (men)
Jejari( fritters)

Hope I already helped someone today. Lets try and have fun with Malay Language!








Saturday, January 28, 2012

Si pengajar atau si pembimbing?

Sudah agak lama saya ingin bercerita tentang perkara yang berkait rapat dalam diri saya sebagai seorang guru. Selama 14 tahun menceburi bidang ini, saya dapati terlalu banyak pengalaman yang amat bermakna yang boleh saya kongsi bersama rakan-rakan sealiran. Pengalaman ini menjadikan saya seorang yang matang dan berjaya menjadi seorang pendidik yang disegani dan dihormati oleh anak-anak didik serta rakan sejawat.

Peristiwa ini amat menyayat hati saya. Sewaktu pertama kali di hantar bertugas, saya telah diberikan tugasan menjadi guru kelas tahun 1. Umur saya pada waktu itu agak muda dan bak kata orang tua orang muda selalunya darah panas( cepat marah). Saya masih ingat lagi murid perempuan itu bernama Faezah. Seorang yang sangat pasif, tidak memberi kerjasama dan tidak menguasai kemahiran 3M. Walaupun saya mengajar subjek Bahasa Inggeris namun saya berasa tidak gembira kerana masih ramai yang tidak mengusai kemahiran asas ini. Tambahan pula,saya merupakan guru kelas bagi tahun tersebut. Saya pernah memarahi murid ini tanpa belas kasihan. Kadangkala ada juga satu dua cubitan pada badan murid ini. Pada waktu itu saya sangat obses dengan kerjaya saya. Tujuan saya adalah mengajar. Saya percaya semua guru di luar sana juga berpendapat seperti saya. Apa tujuan saya untuk menghukum murid? Adakah untuk suka-suka? Sudah tentu tidak. Tujuan saya melakukan suatu hukuman adalah untuk kebaikan murid itu sendiri.Sehingga terjadi suatu peristiwa yang masih menghantui saya sehingga hari ini. Pada hari itu Faezah tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Apa yang menyebabkan saya sangat marah adalah kerana buku tulisnya hanya tinggal beberapa helai dan dia hanya menulis tarikh dan hari sebagaimana yang telah saya tulis pada minggu sebelum itu. Oleh kerana terlalu marah, tanpa saya sedari saya telah merotan murid ini sehingga dia menangis. Dia terlalu takut pada saya. Saya masih ingat lagi airmukanya setelah merotannya. Sepanjang tempoh persekolah, apa yang meniti di bibir saya adalah mengenai faezah. Sehingga sekolah dibuka semula, seorang tukang kebun memberitahu saya tentang faezah. Dia kematiaan ibunya yang telah beberapa tahun mengidap kanser. Sewaktu kematian ibunya, bapanya tidak ditemui kerana berada di tempat lain. Saya diberitahu bapanya telah meninggalkan mereka sekeluarga .Apa  yang menyedihkan saya adalah kerana faezah telah dihantar ke rumah anak yatim kerana bapa kandungnya tidak mahu menjaga anak-anaknya. Saya begitu sedih tentang perkara ini. Saya juga tidak berpeluang berjumpa dengannya. Jika saya diberi peluang itu saya akan meminta maaf atas segala yang telah saya lakukan. Perkara ini memberi pengajaran kepada saya iaitu sebelum melakukan sebarang hukuman seharusnya saya menyiasat latar belakang murid. faezah adalah satu murid yang biasa berada di mana-mana sekolah namun sehingga kini memberi pengajaran yang amat bermakna kepada saya.Terima kasih faezah kerana mengajar cikgu erti kesabaran. Cikgu berharap kamu berjaya di dunia dan di akirat. 

Kepada anak murid di luar sana, sedekahkanlah alfatihah buat guru-guru kita tidak kira mereka masih hidup atau pun telah pergi buat selama-lamanya. Kepada guru-guru yang telah mendidik saya ( SK Raja Perempuan Ipoh 1984-1989 dan SM Raja Perempuan 1990-1994) terima kasih banyak-banyak cikgu. atas ilmu yang cikgu curahkan. Alfatihah buat guru-guru sekalian...

Friday, January 27, 2012

Resepi sotong rebus bersama sambal serai


Sotong rebus: Hiris sotong nipis-nipis dan rebus bersama garam. Apabila mendidih dan masak toskan serta hidangkan di dalam pinggan.

Sambal serai: Tumbuk 2 batang serai( yang diracik halus),cili padi, seulas bawang putih dan sedikit garam. Setelah agak sebati dan lumat ditumbuk, perah asam limau dan gaulkan bersama bahan tumbuk tadi.

Sotong rebus di makan bersama sambal serai. Saya mendapat resepi ini dari seorang saudara yang juga seorang nelayan. Setelah mencuba saya berasa ianya amat sesuai dengan selera saya. Ini merupakan resepi ringkas Thai. Selamat mencuba!

Resepi ikan pari masak paprik

Hari raya baru ni saya balik ke rumah mertua di Terengganu. Sempatlah singgah ke rumah kakak ipar untuk makan malam. Kakak ipar pada masa tu jamukan kami nasi dan lauk ikan pari masak paprik. Punya la sedap masakan ni. Sedar tak sedar nak dekat habis ikan pari kitaorang sekeluarga makan. Resepinya senang saja...

1. ikan pari
2.serai
3. kunyit hidup
4.bawang merah
5. bawang putih
6.halia
7. air asam jawa
8. daun limau purut
9. garam dan gula secukup rasa
10. cili padi

Cara membuatnya: Kisar serai, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Tumiskan bahan yang dikisar tadi. Masukan air asam jawa, garam dan gula. Kemudian, masukan ikan pari. Akhir sekali, koyakkan daun limau purut dan masukkan ke dalam masakan. (Daun limau purut wajib ada)

Selamat mencuba!